Selasa, 18 Februari 2014

RESEPI DIET : AYAM PANGGANG MADU


Bahan - bahan :


1. Saya guna 5 ketul ayam whole leg dan 10 ketul peha ayam
2. 4 sudu kicap pekat (saya lebihkan)
3. 3 sudu madu (saya lebihkan)
4. Lada sulah
5. Serbuk lada hitam

Cara - cara :

1. Letak ayam dalam satu bekas besar. Pastikan ayam dah dipotong dan dibasuh bersih.
2. Then lumur ayam dengan kicap pekat dan madu. 
3. Then letak lada sulah and serbuk lada hitam. Segala sos dan perisa letak ikut citarasa masing-masing k. 
4. Bakar dalam oven dengan suhu 190C dalam masa 45 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.



Ahad, 16 Februari 2014

RESEPI DIET : SALMON GRILL


Bahan-bahan :
2 keping ikan Salmon
1 sudu minyak zaitun/olive oil
Garam
Lada Hitam
Lada sulah
Serbuk Oregano
Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)
3 ulas Bawang putih

Cara-caranya :

1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (kite guna pemanggang ajaib, kalau tak tau sila google)
3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
4. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,

1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.



Sabtu, 15 Februari 2014

RESEPI DIET : SANDWISH


Bahan-bahan:

1kg daging ayam (isinya sahja)
3 batang celery (dihiris tipis)
1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
4 sudu makan serbuk lada hitam
3 atau 4 sudu makan mayonnaise

Cara menyediakan:

1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering, tambah sedikit mayonnaise.
3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.



Jumaat, 14 Februari 2014

RESEPI DIET : SALAD KENTANG


Bahan:
500 g kentang, kupas, kukus
1 kaleng ikan tuna (dalam air), tiriskan, suwir kasar
50 g paprika merah, cincang
50 g batang seledri, cincang
100 g lettuce, iris kasar

Sos
150 ml mayones botolan
1 sdt mustard
½ sdt merica hitam bubuk
1 sdm air jeruk lemon
1 sdt garam
Taburan:
daun basil segar

Cara membuat:
Campur kentang, ikan tuna, paprika, batang seledri dan lettuce menjadi satu.

Sos 
Campur mayones, mustard, merica, air jeruk dan garam menjadi satu. Aduk hingga rata.
Tuangkan Saus ke dalam campuran bahan salad.
Aduk hingga tercampur rata.
Taburi daun basil. Sajikan.

Untuk 6 orang



Khamis, 13 Februari 2014

RESIPI SPAGETTI DIET

Bahan-bahan
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar minyak jagung.
1 ketul dada ayam direbus dengan seinci kayu manis dan carik-carik isinya.
1 sudu besar yogurd
3 biji buah tomato segar dikisar dengan 1 cawan air
1 mangkuk kecil pasta atau secekak spaghetti direbus selama 6 minit. 
Sedikit serbuk lada hitam dan secubit garam sebagai penambah rasa.
( Ingat! garam menyebabkan air tertahan di dalam badan terutama di bawah kulit. Ia melambatkan proses pembakaran lemak dan mengakibatkan penakungan sisa buangan  yang sepatutnya keluar melalui peluh.  Jadi cuba minimumkan pengambilannya. )

Cara-cara
Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang besar hingga kekuningan.
Masukan daging ayam dan terus kacaukan hingga daging ayam kekuningan.
Masukan tomato yang telah dikisar, secubit garam dan sedikit serbuk lada hitam, kacau lagi hingga pekat lebih kurang 5 minit. Matikan api dan masukan yogurd dan kacau rata-rata. Sos yang sedap dan sihat telah pun siap!!!

Rebus pasta selama 6 minit toskan, sendukan ke dalam pinggan dan tuangkan sos diatasnya. Hidangan ini sedia untuk dimakan dan sesuai untuk makan tengahari bagi  mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan.

Makanan Segar
Daging ayam boleh juga diganti dengan daging lembu atau makanan laut segar. Jauhkan makanan proses seperti sosej, bebola daging, burger daging, filet ikan dan sebagainya. Makanan mentah yang segar lebih elok untuk kesihatan berbanding makanan yang siap diproses.



Pasta Sedap & Sihat

Pasta kering biasanya dibuat dari tepung, telur, minyak soya dan air. Ia merupakan sumber kabohidrat ringkas yang memberi tenaga dan tidak mengemukkan jika diambil dengan kadar sederhana. Pasta boleh didapati dalam pelbagai bentuk memberikan kita pilihan mengikut ciptarasa masing-masing. 50g pasta biasanya membekalkan 760kj tenaga, 6g protein ,  0.75g lemak ,  37g  kabohidrat, 0.3g gula dan 1.5mg garam sesuai untuk makan tengah hari bagi yang sedang berdiet.





Tomato mengandungi  zat besi, fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan garam mineral yang penting untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan kita. Tomato yang kaya dengan zat A, C & astrogen dapat mencerahkan kulit kusam, mengecilkan liang roma dan menghapuskan minyak berlebihan di kulit. Pigmen merah pada kulit tomato mengandungi " lycopene" yang dapat mengurangkan risiko barah terutama barah prostat untuk orang lelaki dan sakit jantung. Tomato yang bersifat alkali mampu mengimbangi PH badan bagi mengelakkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sudah hadam, sakit otot dan sendi terutamanya di lutut. Kandungan air yang tinggi dalam buah tomato baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika berdiet. Sifat anti-oksidan semulajadi tomato dapat membantu memulikan sel dan tisu, melancarkan aliran darah, menghalang pembengkakkan dan radang, anti bakteria, anti virus, pelindung alahan dan menambah kekuatan dan keanjalan salur darah. 

credit : Bina badan sihat & bergaya


Rabu, 12 Februari 2014

5 Sumber Karbohidrat PENGGANTI NASI..

1) Ubi 
- Ubi mengandungi pelbagai khasiat yg bagus utk kesihatan malah ia juga boleh di ambil sebagai makanan pengganti nasi.Sebenarnya khasiat ubi boleh di kenali melalui warna..
- Sementara itu keledek pula baik utk sistem pencernaan. Kandungan Beta Karotena di dalamnya juga dikatakan berupaya mengatasi kanser & penyakit kardiovaskular




UBI BIT 
**MENGANDUNGI ANTOSIANIN  BAHAN ANTIOKSIDAN
a) Bertindak mencegah pembuluh darah dari tersumbat
b) Bagus untuk penglihatan 
c) Mengatasi Diabetes
d) Menlindungi Otak



2) Sagu

- Sagu adalah sejenis butiran atau tepung yang di perolehi dari batang pohon sagu atau rumbia.
Bagi masyarakat Maluku dan papua di Indonesia, ia adalah menu yg wajib ada. Meskipun tepung sagu mempunyai rasa sagu yg sangat kuat namun protein dan lemak yang terkandung di dalamnya masih terkawal.
Biasanya masyarakat kita gemar mencampurkan sagu dengan pengat labu @ pisang selain kuih yg sesuai di mkn pd minum petang



3) Kentang

Umum mengetahui bahawa kentang mengenyangkan perut. Ia sesuai dia mabil bagi menggantikan nasi terutama sekali bagi individu yg mahu menurunkan berat badan. dikatakan 200gm kentang bersamaan dengan 100gm nasi. Justeru ia merupakan hidangan sihat & mudah disediakan. Hanya panggang bersama beberapa jenis sayuran atau direbus kemudian di lenyek menu anda sudah pun berubah malah memberi manfaat besar terhadap kesihatan.




4) Pasta

Di Italy hidangan pasta cukur di gemari begitu juga di Malaysia. Makanan barat sudah tidak asing lagi untuk di nikmati kelazatannya. dihasilkan dari tepung,air, telur & garam. Pasta "keluar" dengan pelbagai jenis bentuk,saiz & jenis seperti makaroni,fettuccine,spagetti, lasagna & macam2 lagi.Di anggarkan 40gm-50gm karbohidrat terkandung di dalamnya malah pengambilannya juga setara dengan 100gm nasi. Namun begitu, pastikan pasta tadi dihidangkan secara sihat sama ada di rebus atau di panggang bersama makanan2 lain.


5) Jagung


Apakah rasanya selepas anda menghabiskan setongkol jagung? Sudah tentu kenyang bukan? Secara tidak langsung ia mengelakkan diri untuk terus mencari lain2 makanan lantaran pertambahan selera & keinginan. Diperkaya dengan serat dan asid folat yg berfungsi untuk mengawal tahap kesihatan pembuluh darah, makanan ini boleh di tambah bagi melengkapkan keenakkan sup sayur



Credit : MW








Selasa, 11 Februari 2014

Pengedar Shaklee Di Perlukan

Saya mencari wakil setiap negeri/kawasan untuk menjadi pengedar shaklee di dalam kumpulan saya..

Modal serendah RM75.00 (seumur hidup)
-free stater kit (beg/kataloq/senarai harga)
-flyers 20pcs (hanya dari kumpulan saya sahaja)
-buku nutrisi (hanya dari kumpulan saya sahaja)

Kelebihan kumpulan saya (Wonderful Bisneswoman)\
- Group akan guide utk buat bisnes FB page/instagram/Blog/Facebook
- Group akan guide pemilihan supplement
- Group berinteraksi 24jam (whatsapp/wechat)
- Group Bantu dalam jualan
- Group berkongsi pandangan/pendapat/ilmu/testimoni pelanggan

BISNES DARI RUMAH..!! MENJANA PENDAPATAN BERLIPAT KALI GANDA..

**jangan tunggu lama, kerana rezeki di depan mata hanya sekali sahaja!!



Jadual pengambilan Ubat/Supplement dengan cara yg betul


TIPS DIET : JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. 
Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. 
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. 
Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, 
tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. 
Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi





Dapatkan Set Kurus Shaklee..pelaburan yang berbaloi..Kurus Tanpe berlapar..
Set ini sangat menjimatkan....
 stok utk 2bulan...