Selasa, 18 Februari 2014

RESEPI DIET : AYAM PANGGANG MADU


Bahan - bahan :


1. Saya guna 5 ketul ayam whole leg dan 10 ketul peha ayam
2. 4 sudu kicap pekat (saya lebihkan)
3. 3 sudu madu (saya lebihkan)
4. Lada sulah
5. Serbuk lada hitam

Cara - cara :

1. Letak ayam dalam satu bekas besar. Pastikan ayam dah dipotong dan dibasuh bersih.
2. Then lumur ayam dengan kicap pekat dan madu. 
3. Then letak lada sulah and serbuk lada hitam. Segala sos dan perisa letak ikut citarasa masing-masing k. 
4. Bakar dalam oven dengan suhu 190C dalam masa 45 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.



Ahad, 16 Februari 2014

RESEPI DIET : SALMON GRILL


Bahan-bahan :
2 keping ikan Salmon
1 sudu minyak zaitun/olive oil
Garam
Lada Hitam
Lada sulah
Serbuk Oregano
Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)
3 ulas Bawang putih

Cara-caranya :

1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (kite guna pemanggang ajaib, kalau tak tau sila google)
3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
4. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,

1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.



Sabtu, 15 Februari 2014

RESEPI DIET : SANDWISH


Bahan-bahan:

1kg daging ayam (isinya sahja)
3 batang celery (dihiris tipis)
1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
4 sudu makan serbuk lada hitam
3 atau 4 sudu makan mayonnaise

Cara menyediakan:

1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering, tambah sedikit mayonnaise.
3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.